Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar SK Stungkor, Lundu.
7 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniKlik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar SK Stungkor, Lundu telah diadakan pada 6 Mei 2015 bertempat di sekolah SK Stungkor bersama seramai 81 orang pelajar Darjah 4, 5 dan 6 serta 30 orang guru. Taklimat tentang KDB telah disampaikan oleh 4 orang Penolong Pengurus PI dari 3 buah PI yang terdapat di Daerah Bau dan sebuah PI di Daerah Lundu, iaitu PI Sibuluh, PI Krokong, PI Serasot, PI Stungkor Baru. Taklimat KDB telah dibahagikan kepada 4 sesi, sesi pertama disertai oleh pelajar darjah 4 seramai 31 orang, sesi kedua disertai oleh 27 orang pelajar darjah 5, sesi ketiga disertai oleh 23 orang peserta darjah 6 dan sesi keempat dihadiri oleh 30 orang guru serta staf. Taklimat KDB ini adalah bertujuan untuk memberi panduan keselamatan semasa melayari Internet kepada orang awam terutamanya golongan muda yang banyak terdedah kepada teknologi dan dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab mereka sebagai pengguna Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: